BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 12, 2009

Bibit Permulaan

Pernah korang merasa cinta yang benar-benar ikhlas, suci dan tulus? Tanpa ada sekelumit pun berpaksikan nafsu? Cinta yang membuatkan korang rasa panas itu sejuk, susah itu senang? Aku pernah mengenali seorang perempuan yang membuatkan aku rasa sebegitu. Mungkin korang kata ini bukan cinta, kerana aku pada waktu itu berumur 8 tahun, masih budak sekolah rendah, dan dia masih di tadika, tapi bagi aku, ia tetap dianggap sebagai cinta. Aku abbas dan dia shanana. Aku seorang budak lelaki yang gak kurus pada ketika itu, seringkali sakit perut dan dia seorang budak perempuan yang tembam pipinya, putih kulitnya serta sentiasa tersenyum bila bersama aku. Aku dan dia berkenalan disebabkan keluarga. Abah aku dan Papanya berkawan baik. Walaupun abahku seorang Pegawai Penjara, ia tidak menjadi penghalang untuk berkawan rapat dengan papanya, seorang kontraktor. Pada waktu-waktu tertentu, abah dan papanya serta sekumpulan orang-orang tua ditamanku tempat aku menetap dahulu sering bermain sepak raga bulatan. Mamanya serngkali bertandang kerumah aku untuk berbual kosong dengan mak aku. Kakaknya, yang kami panggil Kak Jaja sering mengayuh basikal bersama Along dan Angahku. Abangnya, sheqal seorang yang agak agresif. Seringkali aku cemburu padanya kerana berani untuk mengayuh basikal tanpa memegang Handle. Aku dan shanana suka bermain masak-masak. Aku masih teringat sewaktu bermain, dia selalu membawa watak ibu, dan aku sebagai ayah. Aku bekerja dan dia memasak dan menjaga anak dirumah, agak susah aku nak lupa kerana selepas dia selesai memasak, pasti disuapnya aku dengan makanan yang dimasaknya. Sungguh tidak dapat ku lupa. Aku dan dia ada satu kebiasaan. Disebabkan aku bersekolah pada sesi petang, dan dia ke tadika pada waktu pagi, kami sering meluangkan masa dibawah pokok jambu jiran kami, yang aku dah lupa siapa namanya selepas dia balikdari tadika, dan sebelum aku menaiki bas. Kami seringkali berbual-bual kosong. Bergelak ketawa. Kadang-kadang kami sering bercerita akan masa depan kami. Aku pernah berjanji padanya yang aku akan berkahwin dengannya apabila dah besar. Dia tersenyum setiapkali aku ucapkan kata-kata itu. Bila bas aku sudah sampai, dia pasti bersalam dan mengucup tanganku dan aku akan mencium pipinya yang tembam dan kadang-kadang merah dek panas mentari. Pasti aku dan dia tidak akan berhenti melambaikan tangan antara satu sama lain sehinggalah bas aku hilng dari pandangannya. Dan setiap kali aku balik dari sekolah, pasti aku akan kerumahnya, untuk melepaskan rinduku padanya. Saat dan tika itu, aku rasakan kebahagian seluruh dunia ini, milik kami berdua. Tapi, saat manis itu berakhir tanpa kerelaanku. Mak membuat keputusan untuk berpindah ke kampung, tanpa pengetahuan aku. Aku sangkakan kami cuma melawat opah di kampung. Tidak kusangka aku akan menetap terus disana. Tidak sempat ku ucap selamat tinggal padanya. Tidak sempat aku mengucup pipinya buat kali terakhir. Tidak sempat untuk kami berbicara untuk kali terakhir. Saat itu, kurasakan seperti nyawaku direntap tanpa belas. Dunia cerah menjadi gelap. Pulau kebahagian yang aku diami bersamanya tenggelam dek bah perpisahan. Pada tahun 1995, itulah kali terakhir aku bersama dirinya. Sehingga ke saat ini, walaupun aku sudah menghampiri saat-saat bahagiaku bersama insan tersayang, ingatan aku pada shanana tidak pernah luput. Masihkah ada peluang buatku untuk bertemu dengannya? Sandainya engkau masih disini, hubungilah aku. Pasti dapat aku ubati luka lama dalam hatiku ini.

Shanana, cintaku...

(Buat kekasih hatiku, Rusiah... jgn jeles ek... nih B nye luahan kisah cinta lama, puppy love)